Islamik
geometrik
Salah
satu ciri utama yang terdapat dalam seni Islam yang menjadi identiti dunia Muslim yang berbeza adalah penggunaan
corak-corak geometri. Corak-corak ini di aplikasi secara universal pada logam,
kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan
senibina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem
adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi.
Didasarkan
daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan
penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan
heptagon dan nonagon.Corak
geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi dalam kesenian Islam
yang juga mencakupi kaligrafi dan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal
ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah,
corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak
ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina Islam, tetapi juga
berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua
jenis benda.
Geometri
telah mencapai kemuncak tinggi didalam dunia Islam yang mana sumber-sumber
untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan orang Greek, Rom, dan Sasanid di
Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi klasik, kemudian
dilengkapkan dan dihuraikan dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari
dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan
kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang bijaksana dalam bidang
matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang
unik ini.
Geometri
Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan
dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan,
dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas
keseniaan dalam Islam. Corak-corak yang kompleks ini tampaknya mewujudkan
penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta,
penghiasan geometri dalam kesenian Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa
terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada
kemungkinan percambahan corak yang hebat dan
dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain.
Dalam
corak abstrak, pengulangan motif,simetrik, corak-corak geometri mempunyai
banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya awan larat yang dilihat
banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam
hubungannya dengan corak-corak geometri.
Empat
bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana
corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan
gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat
dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi
poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda merangkumi
beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang membolehkan ianya dimasukkan ke
dalam lebih daripada satu kategori.
Contoh-contoh
bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang
berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan
corak yang diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam
setiap kumpulan corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan
komposisi mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi
empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya.
Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang
dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit
pengulangan corak keseluruhannya tercapai.
Selain
itu, modul atau sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang
menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin
dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan poligon dengan membahagi jumlah
yang diperlukan dan titik-titik pembahagian adalah yang bergabung dengan
garis-garis lurus. Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan 3,4,5 jumlah
bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit pengulangan,
sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh
itu, geometri boleh dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:
1.Corak-corak
geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas
dua ( . Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah
bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai
alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua ( (nisbah
segi empat kepada menyerong = 1:
2.
Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan
sistem nisbah asas tiga ( 3). Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh
pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi
tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan
pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga ( (nisbah bagi setengah
asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi = 1: ).
3.
Corak-corak geometri berdasarkan sistem nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk
dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan oleh gandaan heksagon.
Sebagaimana
yang dihuraikan di atas, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu rekaan geometri.
Corak
geometri yang dihasilkan dalam rekaan kesenian Islam bermula dengan penggunaan
konsep unit pengulangan. Berdasarkan catatan sejarah, tiada laporan yang dapat
dijadikan rujukan dalam mengajar tentang teori dalam mereka corak-corak
geometri Islam. Namun dalam dunia Islam hari ini, para penukang telah terlibat
dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar, logam, seramik dan lain-lain
yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu kompas dan pembaris. Hakikatnya,
kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan dan disempurnakan oleh para
penguasa yang tidak diketahui pada masa lalu. Asas atau unit ukuran diambil
sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4,6 atau 5 jumlah
bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang
digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.
Konsep
yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Melalui
konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah memberi karakter bagi
rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang
dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam
bulatan. Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan
bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila
sesuatu permukaan itu hendak dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi
beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan.
Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama
dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.
Konsep
yang ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang
ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang
heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan
menggunakan kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan
yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini.
Seluruh
kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan
berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang
kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid
master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan
menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik
(rajah.2). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian
diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian
heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.
Konsep
yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas)
(rajah.3). Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim
dan nisbah”. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap
sebagai “Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali
sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan
grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit
pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus
tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi
empat tepat yang berasal dari rombus.
Konsep
geometri kesenian Islam yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak
berasaskan gandaan heksagon (rajah.4). Corak geometri berdasarkan konsep ini
akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian yang sama. Unit
mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu lukisan segi enam.
Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat
sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang maka terhasil suatu
bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam rekaan yang digambarkan
dalam bahagian ini.
wahh
menarik bukan islamik geometric ini??