POSTER




                                                POSTER

PENGENALAN


    Poster ialah bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan,ia berfungsi sebagai penguguman,pemberitahuan,dan juga pengiklanan. Poster juga merupakan satu tarikan untuk menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas,cepat,tepat,padat dan berkesan
     Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Melalui pemahaman skala, ia akan memberikan pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang, membuat kejutan dan membuat visual dinamik atau kepelbagaian. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak, piktograf, simbolik, ilustrasi, visual grafik, fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Merekabentuk poster adalah suatu cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.     

Ciri-ciri Poster yang baik
1. Menyatakan mesej secara efektif lagi mudah
2. Menarik perhatian audien
3. Mesej yang ringkas, mudah difahami
4. Mempunyai keterbacaan yang terbaik

Jenis-jenis Poster
1. Notis
2. Poster Berilustrasi

1. Notis
* Merupakan poster yang tidak mempunyai ilustrasi
* Ia hanya mengandungi susunan
* Muka taip yang memberi maksud atau mesej tertentu


  


  


2. Poster Berilustrasi
  • ·    Ilustrasi bermaksud lukisan untuk memperjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej dan sebagainya.
  • ·     Ilustrasi yang baik akan memberi kesan kepada orang yang mengamatinya

Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto.

Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.





                 





Elemen-elemen yang terdapat di dalam poster

1. Tipografi
2. Imej
3. Warna

Teknik penghasilan Poster
1. Teknik Lukisan :

menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.





                     
2. Teknik catan :
dengan menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan sebagainya   


  
                       

3. Teknik kolaj :
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal. Dengan menampal kertas berwarna, potongan dari majalah atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak dan berjalinan.   

                        


 4. Teknik cetakan :
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman, planograf, serigraf, capan dan juga cara cetakan komputer.

                           

5. Teknik campuran :
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan, capan dan sebagainya


                            


Proses Penghasilan Poster

1. Menentuan tema dan tajuk

2. Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam

3. Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.

4. Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil terbaik.

5. Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan dan bersesuaian.

6. Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang dapat menarik perhatian.

7. Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster tersebut.

8. Penyediaan alat dan bahan.

9. Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan

POSTER


                            TEMA:  TAHUN MELAWAT MALAYSIA (KELANTAN)

Sebelum kita pergi lebih jauh, untuk menghasilkan poster berdasarkan tajuk yang telah diberi iaitu tahun melawat Kelantan jom sama-sama dengar,menghayati dan menyanyikan lagu keramat Negeri Kelantan Darul Naim. dahulu.... =)


     

Ini adalah Peta Negeri Kelantan anda berada di mana?? di Kota Bharu? Pasir Puteh ?Kuala Krai? 😁



~Sape nak tgok pemandangan indah yang menabjubkan di Negeri Kelantan (Kota Bharu) 💓
jom kita terbang ke Negeri Kelantan






Jom kita terokai apa yang menarik di Negeri Kelantan atau dikenali sebagai negeri 
Cik Siti Wan Kembang ~

saksikan~~~😍












 menarik bukan??  bak kata boboboi.... TERBAIKKK...

JoM La PakAT jALe kELAte...  tGu GaPO lagI...💓




di sini saya akan kongsikan nama tempat-tempat menarik di Negeri Kelantan 2017. Antaranya ialah :

  • Pantai Tok Bali
  • Pantai Sabak
  • Air Terjun Gunung Stong
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Nasi Ulam Cikgu
  • Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
  • Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
  • Jeram Linang di Pasir Puteh
  • Jeram Pasu di Pasir Puteh
  • Taman Perbandaran Tengku Anis
  • Taman Air Splash Kota Bharu
  • Pusat Galeri Tengku Anis
  • Makam Tok Kenali
  • Pantai Sri Tujuh
  • Pantai Geting
  • Pantai Irama Bachok
  • Pantai Cahaya Bulan (PCB)
  • Lata Rek di Kuala Krai
  • Pasar Malam Flat Buluh Kubu
  • Masjid Beijing di Rantau Panjang
  • Muzium Negeri Kelantan
  • Pasar Besar Siti Khatijah
  • Pasar Malam Wakaf Che Yeh
  • Terminal Makanan Negara (TEMAN/RTC)
  • Bazar Tok Guru
  • Bazar Tengku Anis
  • Bazar Kain Batik Buluh Kubu
  • Arked Uda
  • Superpermarket Kota Bharu Mall (KBMALL)
  • Gelanggang Seni
  • Tokong Budda Besar di Tumpat Kelantan
  • Chinatown di Sungai Keladi (Kg. Penambang)

   Negeri Kelantan merupakan negeri yang berada di belah pantai timur iaitu berhampiran dengan Terengganu dan juga Pahang.Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai masakkan yang enak dan budi perkerti yang tinggi.

Jom sama-sama kenali negeri Che Siti Wan Kembang ini !!!

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.

merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada
* Kota Bharu,
* Pasir Mas,
* Tumpat,
* Pasir Puteh,
* Bachok,
* Kuala Krai,
* Machang,
* Tanah Merah,
* Jeli, dan
* Gua Musang.

Apakah Keistimewaan negeri Kelantan ini?? Jom selongkar.hihihi

Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak yong,Gasing dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam ( Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.

Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu, selain itu, Nasi Kerabu, Kuih Akok, Kuih Tahi Itik, Kuih Jala Mas, Kuih Lompat Tikam, Kuih Bunga Tanjung, Ayam Percik Kelantan, Nasi Tumpang, Laksam Kelantan, Nasi Kak Wok, Kuih Badak Berendam, Kuih Asam Gumpal, Pulut Bakar, Ketupat Sotong, Etak, dan lain-lain.

 Di negeri Kelantan terdapat pelbagai tempat menarik untuk beriadah bersama keluarga tersayang  sebagai contoh di 7 pantai yang cantik dan indah seperti Pantai Pantai Sri Tujuh,Pantai Getting,Pantai Irama Bachok,Pantai Cahaya Bulan (PCB)  dan lain-lain setiap pantai yang ada di Negeri Kelantan mempunyai sejarah dan cerita tersendiri. Selain itu, Kelantan merupakan pusat perniagaan dan pusat membeli belah yang luas dan murah. Menarik dan uniknya ialah mengenai penjual di Negeri ini, yang mana dipelopori oleh kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga ,jika anda pergi ke pasar-pasar,ke pusat membeli belah terutama di pasar Siti Khadijah hampir 98% penjualnya adalah kaum wanita. Selain itu juga, Kelantan tersohor dengan kecantikan dan keunikan batik. Tarikan negeri ini yang sama sekali tidak boleh dipertikaikan ialah bakat dan kemahiran seni kraf yang dianugerah kepada rakyat Kelantan yang mengusahakan industri kecil termasuk hasil kraf perak, tembaga, batik dan wau.

Keistimewaan dan tarikan Negeri Kelantan seterusnya ialah, Pintu  Gerbang Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali juga sebagai Menara Rehal merupakan mercu tanda bagi Negeri Kelantan khususnya Kota Bharu. Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan kerana dikawasan ini letaknya monumen-monumen bersejarah seperti Istana Jahar, Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, kawasan ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain termasuk Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi, Menara Tinjau, Tambatan Di Raja, Bazar Buluh Kubu dan juga Pasar Besar Siti Khadijah.

Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut.

Sebagai kesimpulannya, terlalu banyak tempat menarik yang terdapat di Negeri Kelantan, mempunyai perkembangan sosio-ekonominya yang tersendiri. Kegiatan ekonomi,kebudayaan dan lain-lain di negeri ini. Oleh itu, jom la melawat Kelantan apa tunggu lagi… 

Antara gambar tempat menarik di Negeri Kelantan.

Pintu Kota,Istana Balai Besar

Muzium Diraja

Air Terjun Jeram Linag,Machang

muzium Negeri Kelantan
Alat Muzik Kelantan

Tarian Mok Yong 

Masjid Kampung Laut

Wakaf Che Yeh

Permainan Wau


Pusat Kraf Tangan

Pasar Siti Khadijah

Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra




Istana Jahar


Pembuatan Batik

Budu

Masjid Beijing 

Wanita dan Perniagaan



Nasi Kerabu

Makanan Kelantan

Tempat Reakreasi


Lukisan Mural Tumpat

Wayang Kulit


daripada keseluruhan gambar tersebut dengan sedikit maklumat mengenai tahun melawat kelantan.. maka kita boleh mencipta poster dengan daya kreativiti masing-masing.. oleh itu saya telah menggunakan adobe fotoshop dan adobe ai untuk menghasilkan sekeping poster yang bertemakan tahun melawat malaysia.

poster yang telah saya hasilkan mengikut kreativiti saya..



menarik kan??






RUJUKAN