~Flyers~
Apa itu Flayers/ brosur??
Flyers adalah sekeping kertas yang dicetak dan diedarkan di tempat awam atau semasa acara tertentu untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Flyers boleh dihantar melalui pos, digantung, diedarkan terus dalam keadaan yang dirancang; flyer biasa dicetak 1 atau 2 sisi A5 hingga A4.
Flyer adalah cara promosi yang paling murah pada masa yang sama susah untuk disebarkan. Sebuah selebaran atau flyer, juga disebut surat edaran, atau leaflet, merupakan bentuk iklan kertas ditujukan untuk distribusi yang luas dan biasanya dipasang atau didistribusikan di tempat umum. Brosur dapat digunakan oleh individu, perusahaan, atau organisasi untuk Mempromosikan barang atau jasa, seperti restoran atau bahkan untuk promosi percetakan yang mencetak brosur itu sendiri. Memberikan maklumat menarik atau menghantar maklumat sosial, agama, atau politik, seperti dalam kegiatan kempen politik atas nama parti politik atau calon. Flyers juga telah digunakan dalam konflik bersenjata misalnya, propaganda leaflet yang diedar dari udara sebagai senjata taktik perang psikologi.
Apa pula perbezaan Flyer dan Brosur
Orang ramai sering kali tersilap di antara brochure dan flyer. Sedangkan kedua-dua produk ini adalah dua produk yang berbeza. Berbeza dari segi saiz dan juga fungsinya.
Sifat fizikal flyer :
Sifat fizikal flyer :
- Sekeping kertas sahaja tanpa lipatan.
- Samada dua belah cetakan atau sebelah cetakan sahaja.
- Kebiasaannya bersaiz A5 atau bersaiz A4.
Sifat fizikal brochure :
- Sekeping kertas yang berlipat dan biasanya dilipat kepada 3 bahagian.
- Dua belah cetakan melainkan jika perlu, satu belah cetakan.
- Kebiasaannya bersaiz A4.
Fungsi flyer :
- Menjual produk atau servis atau memperkenalkan produk.
- Kebiasaannya flyer digunakan untuk menjual produk atau servis.
- Flyer adalah untuk diedar di secara umum kerana sifat fizikalnya yang tidak terlalu membebankan si penerima flyer.
Fungsi brochure :
- Memperkenalkan produk atau servis.
- Memberi informasi kepada orang tertentu atau kelompok tertentu.
- Kebiasaanya brochure digunakan untuk memberi informasi dan brochure paling mudah dilihat di kedai-kedai perkhidmatan dan hospital terutamanya.
- Sifat fizikal brochure yang kurang sesuai untuk dijadikan bahan edar di umum mempengaruhi keputusan pemilik untuk meletakkannya di tempat-tempat tertentu dan ini pastinya hanya akan diambil atau diterima oleh mereka yang hadir ke sesuatu tempat atau mereka yang benar-benar mahukannya.
Teknik menghasilkan flyer/broucher yang kreatif menggunakan adobe illustration
Software yang sesuai digunakan untuk membuat flyer/brochure
Sudah tentu, seorang pereka grafik tidak hanya bergantung dengan satu software sahaja. Kombinasi penggunaan beberapa software untuk menyiapkan satu-satu kerja adalah perkara biasa. Contohnya, untuk menghasilkan rekaan untuk brochure, Photoshop digunakan untuk menyunting foto atau imej yang bakal digunakan dalam layout brochure. Illustrator pula akan digunakan untuk menghasilkan ikon-ikon penghias dalam brochure. Akhir sekali, Indesign digunakan untuk menyusun layout grafik, teks perenggan dan ikon serta mempersiapkan setting untuk proses cetakan.
setelah memahami apa itu flyer..
boleh la kita cuba hasilkan satu flyer yang bertajuk art exhambition upsi
2017... sebenarnya tajuk adalah mengikut sesuatu aktiviti yang anda akan adakan
pada bila dimana dan sebagainya... oleh itu jom la kita buat flyer mengikut
tajuk dan kreativiti masing-masing....
saya telah menggunakan adobe
photoshop,adobe ai, dan indesign
oleh itu, hasil daripada kreativiti
saya maka terhasillah satu flyer ini...
simple bukan? tetapi bermakna
Rujukan