ADOBE & RGB vs CMYK




ADOBE PHOTOSHOP ~ ADOBE INDESIGN  ~ ADOBE ILLUSTRATOR

APAKAH PERBEZAANNYA KETIGA-TIGA ADOBE INI YE??

NANTIKAN....




Apa itu AI??  Apa itu PS??  Apa itu InDesign??

Adobe Photoshop
Adobe Photoshop (Ps) adalah adobe paling popular diantara Adobe Ilustrator dan Adobe In design, akan tetapi Adobe (Ps) banyak disalahgunakan oleh sesetengah pihak.
Adobe Photoshop (Ps) ialah design yang terhasil dipanggil RASTER IMAGE. Senang ceritanya adalah kalau dibesar kecikkan saiznya dia akan pecah-pecah. Maknanya tidak tepat tidak focus pada tulisan atau gmbar yang ingin di besar kecikkan.
Adobe Photoshop (Ps) kerap digunakan untuk menyunting atau menambah teks di dalam image, tetapi disyorkan agar membawa image yang sudah disunting ke dalam illustrator bagi tambahan teks
Teks mudah berubah bentuk kerana Photoshop dipengaruhi dengan pixel image. Sedangkan image didalam illustrator berasaskan vector. Sekiranya kerja perlu untuk dicetak lebih wajar digunakan illustrator. Tetapi, sekiranya teks yang hendak diletakkan itu terlalu banyak seperti lembaran sejarah atau buku, lebih sesuai digunakan InDesign.
Software pengolah gambar berasaskan raster ini adalah Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Microsoft Office Picture Manager. Biasanya penggunaan gambar berasaskan raster / bitmap ini adalah untuk mengeditan gambar, pembuatan ilustrasi yang bersifat raster. Sebenarnya boleh juga untuk proses percetakkan namun dalam skala besar lebih baik menggunakan vektor kenapa ? kerana apabila menggunakan raster perlu memerlukan penyimpanan data yang lebih  
Contohnya:






besar dibandingkan dengan gambar berbasis vektor. Kelebihan dari gambar raster ini adalah warna yang natural sehingga sangat dianjurkan untuk pengeditan gambar. Untuk ukuran grafik jenis bitmap adalah dpi (dot per inch) yang mana banyaknya titik dalam unit inci.

RASTER IMAGE - 
Kelebihan : Kualiti artwork /gambar dihasilkan sangat cantik bergantung pada resolution.           
Software : Adobe Photoshop (Ps), Corel Photo Paint, Micromedia, Windows Paint dan lain-lain

Adobe Ilustrator
Adobe Ilustrator tidak banyak digunakan seperti Adobe Photoshop. Tetapio mempunyai pelbagai kelebihan untuk penghasilan reka bentuk grafik. Sekiranya image atau gambar yang dihasilkan bakal diubah-ubah saiznya mengikut keperluan seperti logo, Ilustrator harus digunakan. Ilustrator juga sesuai bagi penghasilan lukisan yang berasaskan vector ilustrasi, kad bisnes dan kepala surat.

Garisan yang dihasilakan didalam photoshop kerap kelihatan berkotak-kotak di sekitarnya.hal ini adalah disebabkan Photoshop yang berasaskan pixel. Hal yang sama tidak berlaku didalam illustrator kerana ianya berasaskan vector. Satu formula matematik bagi menghasikan garisan atau image. Hasilnya jika kita mengubah saiz garisan atau image, pengiraan semula dilakukan bagi menghasilkan image yang tidak berkotak-kotak. Jadi image tetap akan kelihatan tajam dan jelas.

Ilustrator tidak mempunyai alat yang sesuai untuk menyunting dan memotong gambar .sekiranya memerlukan penyuntingan susun atur yang mempunyai pelbagai muka surat  maka perisian InDesign  lebih sesuai berbanding illustrator.





VECTOR IMAGE - 
Kelebihan     : Kalau dibesarkan design/artwork ianya tidak pecah atau kabur. 
Software      :  Popular adalah Adobe Ai & Coreldraw. Selain itu antaranya Autocad & Micromedia.
Fungsi          :  Menghasilkan Logo, Master Artwork, Kartun, Animasi, Clip Art, Lukisan dll.
Fungsi         : Untuk edit gambar. Ps memang Superb! Ada 1001 macam teknik.


misti korang nak tahu bagaimana nak convert image kepada vector grafic menggunakan adobe ilustrator 

jom kita cuci mata,dan faham bagaimana proses penghasilannya saksikan.... 

perbezaan gambar vektor dan raster image



Adobe InDesign
Adobe InDesign tidak popular berbanding diantara ketiga-tiga perisian. InDesign mempunyai kemampuan yang lebih baik jika digunakan bagi mengendali projek-projek yang melibatkan pelbagai muka surat serta mempunyai banyak teks terutama projek tersebut memerlukan penggunaan Master Layout.

Dalam InDesign tidak mempunyai kebolehan bagi menyunting gambar atau menghasilkan ilustrasi kerja ini perlu diserakkan kepada adobe photoshop dan adobe illustrator.

Oleh itu gabungan bagi ketiga-tiga perisian ini diperlukan bagi menghasilkan kerja yang bagus dan baik. Setiap satunya mempunyai kelebihan n kelemahan tersendiri.

Rujukan



                                                                                                                                                                   
~RGB vs CMYK~

Apa itu RGB & CMYK??



APA Perbezaan RGB dan CMYK??      

RGB dan CMYK adalah dua profil warna yang boleh dikatakan paling popular dan sering digunakan dalam industri sekarang. Walaupun perkara ini tidak terlalu dititikberatkan dalam pembangunan laman web, tetapi pengetahuan mengenainya mungkin dapat membantu sesetengah pengguna memahami apakah yang membezakan antara profil warna RGB dan CMYK.
Kedua-dua profil ini amat berguna sekiranya laman web yang digunakan menyediakan fungsi untuk dicetak secara keseluruhan. Kebiasaanya laman web yang menyediakan khidmat tutorial, galeri atau promosi cat. Penggunaan profil yang betul dapat meningkatkan lagi ketepatan profil warna yang bakal dihasilkan.


RGB (Red-Green-Blue)
Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.

Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat.Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.


Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.


CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)
Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.

Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.

Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.


Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.

Kesimpulan

Sekiranya anda menghasilkan laman web yang memerlukan pengguna mencetak satu-satu imej, pastikan ianya telah ditukarkan kepada profil CMYK atau sediakan pautan tambahan untuk memuat turun imej dalam model warna tersebut. Ini bagi membolehkan hasil cetakan adalah sama seperti yang dipaparkan dalam skrin monitor anda.

Sebagai kesimpulannya, RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:
  • RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain
  • Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.
  • RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)
  • CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam
  • Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB
RUJUKAN 



https://www.drupalnote.my/html-warna/perbezaan-rgb-dan-cmyk