sambungan ISLAMIK GEOMETRIK cara menghasilkan

sambungan berkaitan tajuk Islamik Geometric

kali ini saya akan menghasilkan corak islamik geometric berdasarkan corak yang telah saya pilih didalam buku yang telah diberikan oleh pensyarah.

Oleh itu, setelah anda faham apakah itu corak2 yang ada pada islamik geometrik jadi bolehlah anda mencuba sendiri membuat islamik geometric menggunakan Adobe AI…  atau boleh juga anda menghasilkan menggunakan free hand. Tetapi mengambil masa yang lama dan sedikit sukar jika dibandingkan menghasilkan islamik geometric menggunakan Adobe Ai… .

sebelum kita menghasilkan islamik geometric ini sama-sama... jom kita saksikan video berkaitan cara membuat islamik geometric menggunakan Adobe AI… 

wahh menarik bukan ini lah yang kita sama-sama akan hasilkan…


oleh itu, jom lah pilih corak yang ada suka :








ini adalah contoh corak dah step yang telah saya pilih di dalam buku yang telah di beri oleh pensyarah..



Oleh itu, setelah corak dipilih saya terus membuatnya menggunakan Adobe AI.. dan ini ialah step-step yang telah sy hasilkan..






Setelah selesai membuat corak yang dipilih, kita boleh memasukkan warna mengikut kreativiti sendiri supaya corak kelihatan lebih menarik.

                                          Nantikan hasil seterusnya…

nahh... inilah hasil yang telah saya buat.. menarikkan??😁



Rujukan: 

https://www.youtube.com/watch?v=okO_AidqvqA
http://www.dimensisains.com/2015/10/geometri-kompleks-dalam-design-seni.html

islamik geometrik


 Islamik geometrik



Salah satu ciri utama yang terdapat dalam seni Islam yang menjadi identiti  dunia Muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Corak-corak ini di aplikasi secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan senibina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi.

Didasarkan daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon.Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi dalam kesenian Islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina Islam, tetapi juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.

Geometri telah mencapai kemuncak tinggi didalam dunia Islam yang mana sumber-sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada  kalangan orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang bijaksana dalam bidang matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik ini.

Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalam Islam. Corak-corak yang kompleks ini tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan  dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain. 

Dalam corak abstrak, pengulangan motif,simetrik, corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak geometri.

Empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.

Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak keseluruhannya tercapai.

Selain itu, modul atau sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus. Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan 3,4,5 jumlah bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit pengulangan, sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:

1.Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua ( . Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua ( (nisbah segi empat kepada menyerong = 1:
2. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga ( 3). Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga ( (nisbah bagi setengah asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi = 1: ).
3. Corak-corak geometri berdasarkan sistem nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan oleh gandaan heksagon.
Sebagaimana yang dihuraikan di atas, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan geometri.

Corak geometri yang dihasilkan dalam rekaan kesenian Islam bermula dengan penggunaan konsep unit pengulangan. Berdasarkan catatan sejarah, tiada laporan yang dapat dijadikan rujukan dalam mengajar tentang teori dalam mereka corak-corak geometri Islam. Namun dalam dunia Islam hari ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar, logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan dan disempurnakan oleh para penguasa yang tidak diketahui pada masa lalu. Asas atau unit ukuran diambil sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4,6 atau 5 jumlah bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.

Konsep yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah memberi karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.

Konsep yang ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini.

Seluruh kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah.2). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.



Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas) (rajah.3). Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap sebagai “Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.


Konsep geometri kesenian Islam yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak berasaskan gandaan heksagon (rajah.4). Corak geometri berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.




wahh menarik bukan islamik geometric ini??